FINAL PRODUCT: PROBAT



PENGENALAN
Pada masakini kenderaan merupakan satu keperluan kepada kita semua. Seperti kita sedia maklum, semua golongan mampu memiliki kenderaan mengikut kemampuan masing-masing. Peratus pemilik kenderaan makin bertambah daripada semasa ke semasa. Namun apa yang membimbangkan kadar kemalangan juga bertambah seiring dengan peningkatan penggunaannya. Salah satu punca yang dapat dikenalpasti ialah kurangnya kesedaran pengguna semasa berlakunya kecemasan. Ia merujuk kepada tindakan awal jika berlakunya kerosakkan kepada kenderaan. Terdapat sesetengah pengguna yang hanya berada di dalam kenderaan tanpa memberi sebarang tanda amaran kepada pengguna lain. Ini boleh memberi kesan bahaya kepada pemilik kenderaan tersebut dan juga pengguna lain. Dengan permasalahan ini, pihak kami berjaya menghasilkan satu produk inovasi yang dinamakan sebagai “PROBAT”. Ia merupakan alat kecemasan yang mudah alih serta mempunyai pelbagai fungsi kepada pemiliknya.


OBJEKTIF
Tujuan PROBAT diwujudkan adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna ketika berlakunya kecemasan seperti kerosakkan kepada kenderaan, alat bantuan keselamatan jika berlakunya kecurian dan sebagainya.


CIRI-CIRI
  • Boleh mengulang Masej banner kepada 3 mod yang disediakan cepat, lambat dan imbasan.
  • Sensor Pintar IR.
  • Pilih dan memaparkan dengan menggunakan alat kawalan jauh.
  • Membina mesej dengan menggunakan huruf, nombor dan simbol khas.
  • Boleh mengulang mesej sehingga 16 urutan.
  • Untuk perkakasan statik ia boleh memaparkan sehingga 10 huruf, tetapi jika terdapat huruf “W” di dalam mesej ia akan menjadikan mesej semakin pendek.
  • Jika mesej bergerak, mesej yang dipaparkan boleh menjadi sangat panjang.


PENYATAAN MASALAH
  • Tiada peralatan sokongan yang boleh digunakan bersama-sama kon sedia ada sebagai papan tanda.
  • Pemandu tidak dapat menjangkakan sebarang kemungkinan yang akan berlaku terutama di lebuhraya.
  • Kon sedia ada yang berat dan memerlukan kenderaan yang bersaiz besar.
  • Saiz Lori yang besar dan mengambil masa untuk sampai ke lokasi tertentu memerlukan peralatan bagi memaklumkan kepada pengguna lain jika berlaku sebarang kerosakkan.
C:\Users\User\Desktop\Road-Block-Polis-Malaysia.jpg
KELEBIHAN
  • Mudah disimpan.
  • Tahan lama.
  • Pelbagai guna (boleh dijadikan lampu, kon, bantuan kecemasan dan lain-lain).


KEKURANGAN
  • Perlu dicas.


KAJIAN PERALATAN SEDIA ADA
  • Hand held hazard light.
C:\Users\User\Desktop\NDC\516-led-handheld-bi-color-dimmable-light.jpg


  • Traffic control, signaling, hazard awareness and vehicle safety.
C:\Users\User\Desktop\NDC\Pulsar - Amber.jpg
SASARAN PENGGUNA
  • Syarikat Pengeluar Kenderaan
  • Kedai aksesori kereta
  • Polis
  • Bomba
  • Perkhidmatan Awam Malaysia


POTENSI PASARAN
  • Syarikat Pengeluar Kenderaan di Malaysia – Proton, Perodua, NAZA.
  • Pasaraya Besar – Tesco, Giant, AEON Big, AEON JUSCO dan lain-lain.
  • Kedai aksesori kenderaan - Brothers.


STRATEGI PELAN PASARAN & PROMOSI
  • Mengadakan kempen kesedaran bersama di sekolah memandu.
  • Mengadakan promosi sempena musim perayaan contohnya di Tol dengan kerjasama pihak berwajib (PLUS).
  • Melantik eksekutif jualan di setiap pusat jualan kenderaan.

ANGGARAN KOS
RM 55.50 per Unit.


Model Perniagaan
Rakan Kongsi


  • Pengedar
  • Peruncit atas talian “online”
  • Contoh:Facebook, Instgram
Aktiviti


  • Pemasan dan jualan.
  • Produk R&D
  • Pendidikan pengguna.
  • Penjenamaan
Nilai Cadangan


Menggunakan BMI untuk menggegarkan industri pemotoran


  • Inovasi bahan
  • Inovasi teknologi
  • Inovasi pengagihan
Hubungan Pelanggan


Pembeli pukal, kelab pembeli, diskaun kesetiaan
  • Pembelian atas talian
  • Diskaun rujukan
  • Hotline kualiti produk
Pelanggan


Pengguna


  • Pengguna kenderaan.


Perniagaan


  • Pasaran runcit.
  • Penjual kenderaan.
  • Penjual peralatan aksesori kenderaan.



Sumber Utama


  • Produk
  • Jenama
  • Pasukan
  • Rakan dan Runcit
  • Rangkaian

Saluran


  • Media sosial.
  • Laman sesawang.


Kos
  • Bahan-bahan.
  • Gaji pekerja.
  • Kelengkapan dan kemudahan.
  • Kawal selia dan pematuhan.
Aliran  Pendapatan


  • Jualan produk.






KESIMPULAN

Dengan penghasilan produk ini, diharap ia dapat memberi faedah kepada semua penggunanya serta dapat membantu pihak kerajaan dalam membendung masalah kemalangan jalanraya.

No comments:

Post a Comment