Friday, March 21, 2014

PROFILE USAHAWAN BERJAYA: BERAS FAIZA

Disediakan oleh Suria KyairulMizah Binti Abu Dahari





BIODATA

Nama : Faiza Bawumi Sayed Ahmad.
Umur : 69 Tahun
Asal : Mesir
Jawatan : Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn. Bhd
Pendidikan : Diploma Jahitan

Beliau tidak menyangka pengalamannya sebagai juruwang di kedai bapanya dahulu telah mendorongnya bergiat serius sebagai peniaga.Menurut Faiza, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Menurut Faiza beliau datang ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya.Disebabkan sikapnya yang tidak betah duduk diam, dia mengambil upah menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan dapur.Faiza kemudian membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai.

Dengan mempunyai kedai sendiri, beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya.
Atas respons yang positif, Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam.

Beliau yang mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak berkata, dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya.



Syarikat milik Faiza kini mengedar lebih 21 jenama beras di negara ini temasuk yang paling dikenali, "Herba Ponni Taj Mahal" dan anak syarikatnya, iaitu Faiza Marketing Sdn Bhd pula melibatkan diri dalam mengilang pelbagai jenis rempah termasuk rempah Raja Kari, rempah Bukhari dan terbaru, rempah rendang.


Corporate Profile
FAIZA MARKETING SDN. BHD. (442060-U)
LOT 15-11 & 15-12, BLOK B, KOMPLEKS KILANG SME BANK
NO 15, JALAN WAWASAN UTAMAKAW. INDUSTRI SRI GADING II
83000 BATU PAHAT, JOHOR, MALAYSIA

TEL : 607-4556609  FAX : 607-4556608
Tol Free : 1-800-227742
Email : spice@faizaspices.com
Website : www.faizaspices.com











PROFILE USAHAWAN BERJAYA: YUSUF TAIYOOB SDN BHD



Disediakan oleh: Siti Nurol Ain Mohd Yusof

 Nama: Datuk Yusuf Taiyoob

 Umur: 47 Tahun


Merupakan usahawan Melayu Islam. Memulakan perniagaan seawal usia remaja iaitu ketika berumur 19 tahun. Perniagaan pertama yang diceburi ialah menjual minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas yang diadun sendiri oleh beliau. Pada peringkat awal perniagaan sangat memberangsangkan namun tidak mampu bertahan lama. Kemudian, beliau mula berubah kepada mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan. Perniagaan ini berkembang maju dan produk keluaran ini semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Beliau memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar Negara. Mempunyai hampir 50 kakitangan di pejabatnya namun tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kompleks kilang terletak bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan. Antara kurma keluarannya ialah Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta. Terdapat beberapa gelaran iaitu ‘Raja Kurma Malaysia’ dan ‘Datuk Kurma’ oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.



Datuk Yusuf bersama-sama pekerjanya.
Datuk Yusuf bersama produk syarikatnya.



PROFIL USAHAWAN BERJAYA : KICAP TAMIN

disediakan oleh: nurul ezney marzila



NAMA: TUAN HAJI MOHD TAMIN

PENGASAS KICAP TAMIN.


ALAMAT KILANG: 
KM. 40, JALAN IPOH,
33600 ENGGOR, KUALA KANGSAR,
PERAK DARUL RIDZUAN.

PADA TAHUN 1951, TUAN HAJI MOHD TAMIN BERJAYA MENEMUI RAMUAN MEMBUAT KICAP YANG TERDIRI DARIPADA KACANG SOYA, TEPUNG GANDUM DAN SEBAGAINYA.  DENGAN BERMODALKAN RM10, DAN BANTUAN AHLI KELUARGA, BELIAU BERJAYA MENGHASILKAN 700 BOTOL KICAP SEHARI SECARA KECIL-KECILAN DI BATU GAJAH PERAK.

SETELAH SETAHUN,PERMINTAAN TERHADAP KICAP TAMIN MELEBIHI JANGKAAN, DENGAN ITU TUAN HAJI MOHD TAMIN MENGAMBIL LANGKAH MENINGKATKAN PENGELUARANNYA KEPADA 3500 BOTOL SEHARI. DIMANA BELIAU TELAH MEMBUKA SEBUAH KILANG DI ENGGOR, KUALA KANGSAR PERAK.  DENGAN PEMBUKAAN KILANG TERSEBUT, PENGGELUARAN TELAH MENIGKAT KEPADA 9000 KE 80 000 BOTOL SEHARI.

KINI, NAMA TAMIN DIKENALI RAMAI DENGAN SOS DAN KICAP YANG BERMUTU TINGGI. REPUTASI INI DIBINA SELAMA KINI OLEH ALLAHYARHAM TUAN HAJI TAMIN. USAHA BELIAU DITERUSKAN OLEH KELUARGANYA DI KEDUA-DUA KILANG YANG MENGGUNAKAN TEKNOLOGI SEMASA DAN MESIN-MESIN MODEN DI PERAK DARUL RIDZUAN. TERDAPAT DUA KILANG YANG MENGELUARKAN PRODUK TAMIN KETIKA INI IAITU DI ENGGOR, KUALA KANGSAR SERTA DI BATU GAJAH, PERAK. 

SYARIKAT BELIAU JUGA TELAH MEMPELBAGAIKAN PENGELUARAN PRODUK KEPADA PELBAGAI JENIS PRODUK SEPERTI SOS CILI,SOS TOMATO,CUKA,DAN PELBAGAI JENIS KICAP. PRODUK-PRODUK SYARIKAT BELIAU JUGA BERJAYA MENEMBUSI PASARAN JEPUN,UK,ARAB DAN INDONESIA. KEJAYAAN HAJI MOHD TAMIN INI DITERUSKAN OLEH ANAK-ANAK BELIAU MELALUI SYARIKAT SALMI HJ TAMIN SDN BHD,ZAMANI HJ TAMIN SDN BHD DAN MAJU TAMIN TRADING SDN BHD















Antara  produk yang dihasilkan oleh Syarikat  Tamin.

1   Ø  Kicap Istimewa
Ø  Kicap Putra
Ø  Kicap Putri
Ø  Kicap Mee
Ø  Kicap Lemak Manis
Ø  Kicap Lemak Masin
Ø  Kicap Perdana
Ø  Kicap Cair Tamin
Ø  Kicap Soya Istimewa
Ø  Sos Tiram
Ø  Cuka Buatan
Ø  Cuka Buatan - Cap Tamin
Ø  Sos Cili
Ø  Sos Tomato
Ø  Asam Jawa
Ø  Tepung Jagung
Ø  Tepung Ubi Kayu
Ø  Garam Halus
Ø  Kerisik Kelapa
Ø  Ceriping Pedas
Ø  Bihun Perdana
Ø  Vermicelli
Ø  Tepung Kentucky
Ø  Sop Tulang
Ø  Taucu - Kacang Masin
Ø  Taucu - Cap Tamin
Ø  Perisa Rose
Ø  Cencaluk

   


     SUMBER :