Saturday, May 3, 2014

PRODUK R&D






Cilibangi

Cilibangi merupakan sejenis cili yang dihasilkan oleh seorang saintis UKM pada tahun 1987 yang terkenal kerana rasanya yang amat pedas tetapi lazat. Jenis cili ini dihasilkan oleh pakar pembiakbakaan, Prof Madya Dr Ahmed Mahir bin Mohamed Mokhtar Bakri, 63.

Kesemuanya Dr Mahir telah menghasilkan sehingga enam varieti ia itu Cilibangi 1 hingga 6 dengan varieti Cilibangi 3 yang amat berkesan kerana rasa pedasnya yang tidak mungkin boleh dilupakan. Keistemewaan cili ini bukan saja rasanya pedas apabila digigit atau dimasak malah memegangnya juga membuat kita macam terasa pijar

Maklumat untuk dihubungi:
Cilibangi House
Serotech Sdn Bhd (935220-W)
Level 3, Bangunan Wawasan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi,
Tel: +603-89261238
Fax: +603-89269487

info lanjut :  Prof Madya Dr Ahmed Mahir bin Mohamed Mokhtar Bakri

Kategori: Pertanian/Makanan
Laman Web: 
Cilibangi



Mesin Pembakar Sate MARDI

Mesin pembakar sate ini adalah salah satu hasil ciptaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Mesin ini ini mampu menghasilkan sehingga 800 cucuk sate dalam sejam. Mesin ini juga sudah menjejak bumi Amerika dan Australia kerana dibeli usahawan Malaysia yang melebarkan perniagaan makanan ini di sana. Malah, MARDI sedang berurusan dengan seorang usahawan Kanada kelahiran Malaysia yang turut berminat membeli mesin ini.

Uniknya dengan mesin sate keluaran MARDI, pengguna hanya perlu meletakkan daging atau ayam di acuan untuk dicucuk sebelum ia dibakar dalam masa lima minit dan jangan terkejut kerana produk hasil inovasi ini mampu membakar 20 cucuk sate dalam satu sesi. Mesin ini sebenarnya yang pertama dihasilkan MARDI. Ia bermula dengan niat membantu usahawan mengendalikan teknologi pembungkusan, kebersihan produk dan memanjangkan jangka hayat simpanan.


Maklumat untuk dihubungi:
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM,
43400 Serdang Selangor
Tel:603-89437111
Fax: 603-89483664
Emel:samsa@mardi.gov.my, jenol@mardi.gov.my, hhhasbullah@mardi.gov.my

Kategori: Mekanisasi Makanan
Laman web:
MARDI, Artikel Berita Harian


SMART MOVER: “SMART MOVER X” dihasikan berdasarkan permasalahan pengendalian mengangkat tong gas masak dirumah dan di kedai-kedai. . Produk inovasi yang diberi nama “SMART MOVER X” dihasilkan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika pengendalian tong gas masak di rumah terutama golongan wanita serta golongan tua dimana faktor berat ( 14kg atau 16 kg) membuatkan ianya sukar untuk dikendalikan. Smart mover ‘x’ dihasilkan bertujuan untuk mengangkat tong gas dengan cara yang mudah terutamanya ketika menaiki tangga atau menuruni tangga serta laluan berhalangan .Ia juga dapat mengurangkan penggunaan tenaga individu sehingga 50 % serta membantu bagi kaum wanita serta golongan tua. Smart mover x juga dihasilkan dengan harga yang agak murah iaitu RM48.70. Produk ini mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri iaitu boleh mengangkat dengan mudah serta berkemampuan mengangkat tong menaiki serta menuruni tangga serta laluan berhalangan, dapat mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 50 % untuk mengalihkan tong tersebut, kos penghasilan yang agak murah, boleh dijadikan troli untuk ke pasar, memudahkan kerja-kerja mengangkat, mudah diceraikan bahagian-bahagiannya (mudah untuk disimpan), rekabentuk ergonomik serta mempunyai rekabentuk “zero-gravity design”. Peluang pemasaran amatlah tinggi kerana pada masa sekarang smart mover x amat diperlukan kerana ia menakjubkan dan dapat memberi kemudahan pada pihak-pihak serta individu di rumah dalam membantu proses mengangkat serta pengendalian tong gas. Pada masa sekarang tiada peralatan yang seangkatan dengannya dipasaran, yang ada hanyalah troli-troli biasa yang banyak mendatangkan masalah kepada pengguna. Target pemasaran ialah satu unit smart mover x bagi setiap satu isi rumah serta seunit bagi setiap kedai gas.

JUNAIDI BIN OSMAN
Kategori: PEREKA MUDA
Laman web:
Yayasan Inovasi Malaysia


Bi-ethanol Feul from ubikayu (Penghasilan Biotanol daripada Ubikayu)

Dihasilkan oleh pereka muda Ku Syahidah Ku Ismail. Kanji yang diekstrak daripada ubi kayu dihidrolisis dengan enzim untuk ditukarkan menjadi glukosa. Glukosa tersebut ditukar menjadi etanol melalui proses penapaian menggunakan yis Sacharomyces cerevisiae. Bioetanol yang terhasil daripada proses ini akan melalui proses penyulingan untuk mendapatkan etanol yang tulen. Bioethanol yang dihasilkan akan diubah komposisinya untuk menjadikan ia sesuai sebagai kegunaan minyak kereta. Bioetanol adalah salah satu bahan bakar biologi yang boleh diperbaharui dan mempunyai kehendak yang tinggi terutamanya di Negara Asia. Bioetanol boleh digunakan sebagai gantian ataupun penambahan kepada, bahan bakar gasoline and diesel dalam aplikasi pengangkutan dan bukan pengangkutan disebabkan pengurangan penyimpanan
petroleum.

Walaupun Malaysia belum didedahkan dengan penggunaan bioetanol sebagai bahan bakar alternatif, namum produk ini digambarkan dapat menjadi satu produk yang dikehendaki pada masa akan datang memandangkan peningkatan harga petroleum dunia. Kebanyakan negara maju seperti Brazil, China, Canada dan sebagainya telah mengaplikasikan bahan bakar alternatif dalam penggunaan enjin kereta mereka.

Maklumat untuk dihubungi:
Pereka: Ku Syahidah Ku Ismail
Yayasan Inovasi Malaysia

Kategori: Mekanisasi/Kenderaan
Laman web: 
Yayasan Inovasi Malaysia


Asemo Green Wash

Produk “Mobile Waterless Car Wash” adalah mesin pencucian kenderaan berkonsep bergerak. Peralatan yang digunakan adalah 100% mesra alam dan dapat menjimatkan penggunaan air pada tahap maksimum. Produk yang diberi jenama “Asemo Green Wash” akan dikomersilkan dengan konsep franchise dan akan dipasarkan melalui Syarikat Asemo G-Wash Enterprise.

Produk ini mampu menyediakan perkhidmatan yang maksimum kepada pelanggan, memberikan kepuasan kepada pelanggan dengan produk mesra alam, sangat selamat dan berkesan. Perkhidmatan yang dapat diberikan adalah mencuci bahagian luaran kenderaan dan mengilat bahagian luar dan dalam kenderaan.Kereta akan di sembur dengan menggunakan “N.E.K.A- Waterless Car Wash”. Penggunaan water jet yang diubahsuai dengan hanya menggunakan 3 liter air sahaja bagi sebuah kereta. Kereta akan terus di lap dengan menggunakan kain dari
jenis “Microfiber” pada badan kereta, rim dan tayar kereta. Kereta akan dipolish dengan dengan menggunakan “N.E.K.A-liquid Car Polish” pada akhir pencucian .

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rahayu Tasnim berkata, inovasi ini adalah kajian graduan dan pelajar Universiti Multimedia (MMU) Melaka yang berjaya menghasilkan teknologi cucian kenderaan hanya menggunakan tiga liter air bagi jenis sedan berbanding maksimum sehingga 80 liter jika menggunakan kaedah konvensional. Ia adalah hasil penyelidikan empat anak muda, Nizal Mohd Mokhtar, Khairul Hisham Khairuddin, Mohamad Azrie Mohamad Nasran dan Mohamad Ekram Mohd Suhaimin yang mana bahan cucian digunakan adalah berasaskan organik dan mesra alam serta sesuai untuk semua jenis kenderaan termasuk pesawat udara.

Maklumat untuk dihubungi:
Asemo Green Wash Sdn. Bhd.

Emel:afiq@asemogreenwash.com

Kategori: Mekanisasi/Pembersihan Kereta
Laman web:
Asimo Green Wash blogArtikel Harian Metro


Automatic Chicken Coop

Dicipta oleh pereka muda Ahmad Faiz Solahudin. Automatic Chicken Coop ini merupakan sebuah reban ayam yang menggunakan kawalan secara automatik berdasarkan gabungan mekanikal dan elektrikal. Ianya membolehkan proses membuang dan mengumpul najis secara automatik mengikut tempoh yang ditetapkan di dalam sesuatu masa, memberi makanan dan minuman mengikut masa yang telah ditetapkan secara automatik dan menyalakan lampu untuk pencahayaan pada waktu malam.

Sasaran utama pengguna sistem ini adalah mereka yang terlibat dengan penternakan dan belaan di rumah atau di klinik haiwan. Ini kerana skop aplikasi kawalan reban ini boleh diubahsuai untuk kegunaan kecil (untuk menempatkan peliharaan) dan untuk kegunaan besar (untuk menempatkan ternakan).

Maklumat untuk dihubungi:
Pereka: Ahmad Faiz Solahudin
Yayasan Inovasi Malaysia

Kategori: Mekanisasi/Penternakan
Laman web:
Yayasan Inovasi Malaysia


Flood Warning Sensor (Sistem Amaran Banjir Lestari): "Sistem Amaran Banjir" (SFWS1) adalah satu inovasi mudah dan murah untuk mengeluarkan amaran awal banjir. Inovasi ini dapat membantu komuniti untuk mengambil langkah keselamatan dan bersiap sedia sebelum banjir berlaku. Sistem amaran ini dibina sebagai satu litar penggera paras air yang mudah yang akan mengeluarkan bunyi apabila paras air sam tahap pra-set. Litar ini menggunakan tenaga solar yang am menjimatkan dan mudah untuk digunakan. Inovasi ini telah diuji fungsi dan ketahanannya.

Inovasi ini murah dan mampu untuk dimiliki oleh seti komuniti. Mereka boleh memasang sistem amaran ini di sekitar tempat tinggal mereka terutamanya di kawasan yang kerap berlaku banjir agar mereka lebih bersedia setiap kali banjir dan dapat mengelak daripada kerosakan besar harta benda malah kehilangan nyawa daripada berlaku.

Pereka: Woong Yoong Wern
kategori: Sekolah Menengah (Secondary School)
Laman web:
Yayasan Inovasi Malaysia








Mesin Lesung Elektrik: Mesin Lesung Elektrik dicipta untuk proses menghalusi biji beras dengan menggunakan motor 2 kuasa kuda untuk mengisar beras mejadi halus dalam kuantiti yang banyak dengan cepat.

Dod bin Nyabot


Team Members:
Jejak Inovasi Mukah Sarawak

Category: Jejak Inovasi Mukah Sarawak
Laman web:
Yayasan Inovasi Malaysia


PERIUK PEMBAKAR LEMANG: Periuk pembakar lemang ini boleh membakar lemang dalam masa yang cepat dan singkat iaitu dengan hanya 30 – 50 minit sahaja   dan tenaga kerja yang diperlukan adalah minima. Peralatan ini secara khususnya banyak
Abd Razak A Khalid menggunakan bahan terbuang, menyebabkan kos penyediaannya sangat murah. Alat ini mudah alih dan mudah untuk disimpan.    Alat ini tidak berbahaya kepada pengguna kerana mempunyai pelindung haba dan mudah
diselenggarakan

Abd Razak A Khalid
Category: Komuniti (Community)


Advanced Kemuncup Remover:
Kemuncup merupakan sejenis spesies rumput yang biasa didapati di padang

rumput. Ia mengeluarkan biji yang merebak dengan cara melekat pada

pakaian manusia atau bulu binatang. Keadaan ini menyukarkan orang ramai

terutamanya para ahli sukan yang biasa menghadapi masalah mengeluarkan

kemuncup yang melekat pada seluar dan sarung kaki. Produk ini direka khas

untuk membantu dalam menanggalkan kemuncup yang melekat pada

pakaian. Penggunaan produk ini akan menjimatkan masa serta memudahkan

proses menanggalkan kemuncup. Produk ini turut mempunyai potensi untuk

dikembangkan.

Nurul Aina Syafiqah Nazlimenn
Team Members:
Haziqah Halimah Yahya   
Nur Diana Ya’acob   

Category: Sekolah Menengah (Secondary School)
Date Submitted: 19-Sep, 2011

No comments:

Post a Comment