Aktiviti 1: Mesyuarat Kali Pertama
Buat julang kalinya, kami berempat telah berpakat untuk menubuhkan sebuah syarikat berasaskan produk Teknologi Maklumat. Kami percaya dengan bakat dan pembelajaran di dalam Keusahawanan IT, kami akan berjaya menghasilkan produk yang terbaik dan boleh di bawa ke pasaran IT di Malaysia khususnya.Kami telah melantik Amir sebagai CEO ("Chief Executive Officer") yang bertanggunjawab sepenuhnya menguruskan syarikat kami. Nurul sebagai COO ("Chief Operation Officer") yang bertanggunjawab sebagai menguruskan syarikat, Suria sebagai CMO ("Chief Marketing Officer") yang bertanggunjawab untuk memasarkan produk syarikat dan Ain sebagai CFO ("Chief Finance Officer") yang bertanggunjawab menguruskan sumber kewangan syarikat.
Pemilihan ini telah mendapat kata sepakat semua ahli lembaga dan berdasarkan pada kebolehan masing-masing. Kami berempat merupakan ahli-ahli yang ceria dan CEO yang sentiasa beri semangat kepada kami untuk terus menghangatkan suasana.
Suria, Ain, Nurul & Amir
Nurul kusyuk mendengar arahan daripada Encik Nor Hashim
CEO dan COO memikirkan apa produk yang ingin dilancarkan
Pendaftaran Syarikat
CEO kami iaitu Amir berserta CMO telah bersama-sama mendaftarkan syarikat kami di UTC Kuala Lumpur. Dengan ini secara rasmi Syarikat Interactsys Enterprise telah berjaya didaftarkan.
Aktiviti 2: Penukaran "Business Card"
Pada waktu ini, kami telah diberi tugasan untuk memahami apa itu penukaran kad perniagaan. Sebelum itu, kami telah mempelajari bagaimana menghasilkan kad yang bersesuaian dengan perniagaan yang kami jalankan. Dengan itu, kami lebih mengerti bagaimana ingin perkenalkan dan memperkembangan perniagaan kami.
Kami merasakan aktiviti ini salah satu strategi yang membuatkan lebih mengenali bidang perniagaan kami. Kami juga dapat berkongsi pendapat dan mengenali persaing dan juga rakan perniagaan kami.
Nurul menyerahkan kad perniagaan kami kepada Cik Hani selepas hadari satu seminar |
Cik Hani membalas kad perniagaan syarikat mereka. |
Aktiviti 3: Menghasilkan produk berdasarkan tema "Formula 1"
Kali ini, kami telah diberi tugasan untuk menghasilkan suatu produk berdasarkan tema yang diberikan oleh Encik Nor Hashim. Syarikat kami telah mendapat tema "GRAND PRIX". Pada tugasan ini diberikan, acara ini sedang giat dipromosikan. Kami telah mengambil kesempatan ini untuk melancarkan produk tersebutSetelah permbincangan yang dijalankan secara rahsia supaya syarikat kejiraan tidak dapat menghidu apa produk yang ingin di hasilkan. Oleh kerana syarikat kami merupakan syarikat IT, maka kami telah menghasilkan suatu beg serba serbi yang sesuai digunakan oleh peminat Formula One.
Beg ini dihasilkan setelah meniliti apa keinginan dan kemahuaan peminat sukan yang berprestij tersebut. Kami telah meniliti dan membuat kajian mengenai kekurangan yang selalu menjadi perbualan atau dirahsiakan kepada mereka ketika menonton acaran itu.Bahagian pemasaran telah berjaya menambat hadirin yang mendengar produk tersebut. Kami berharap produk ini akan dipasarkan suatu hari nanti.
Mari bersidang memikirkan produk kita |
Diskusi dan kami sangat serius |
Aktiviti 4: "Blue Ocean Strategy"
Untuk aktiviti kami kali ini, kami telah diminta untuk membawa bahan-bahan yang diseraikan oleh Encik Nor Hashim. Daripada bahan-bahan tersebut, kami harus menghasilkan suatu produk yang bersirikan "Blue Ocean" dimana ia mempunyai keunikan yang mungkin tidak dicipta lagi mana-mana syarikat yang sudah lama dipasaran keusahawanan. Ataupun kami mengambil idea daripada produk yang terdapat di pasaran tetapi kami menjadikan ia produk baru daripada syarikat kami.Ketika ini, kami telah menghasilkan suatu produk yang hampir menepati kepada "Blue Ocean".Produk yang kami hasilkan adalah "Intrap Lamp"
Kami bertungkus lumus menghasilkan produk ini (gambar di ambil oleh Nurul)
Ini la hasilnya "Intrap Lamp"
Ain & Suria sedang mempromosikan "Intrap Lamp"
Aktiviti 4: Mesyuarat Produk Utama-PROBAT-
Pada mesyuarat kali ini, kami telah berbincang apakah produk terakhir dan juga yang ingin dilancarkan pada kelas terakhir kami. Sesungguhnya kami sangat meniliti mengenai produk ini untuk ia menjadi yang terbaik pada hari tersebut.Mesyuarat kali ini lebih genting di mana, kami harus meniliti dari segi kebaikan, keburukan, jenis barangan yang dapat menghasilkan produk tersebut. Yang paling penting ia adalah asas daripada barangan IT.
CEO kami mengalakkan kami bertemu di luar sambil menghirup kopi supaya kami dapat cergas memikirkan produk tersebut.
Saat-saat Akhir sebelum pembentangan PROBAT
Ini adalah hari terakhir kami sebelum pembentangan produk kami iaitu PROBAT. Walaupun ada salah seorang daripada kami tidak sihat, tetapi kami bersemangat untuk persiapkan semua bahan dan buat persiapan yang terakhir.
Terima kasih semua di atas kerjasama anda.
Pembentangan Akhir: PROBAT
Akhirnya pada 17 Mei 2014 berakhirlah kelas kami dengan pembentangan bussiness idea. Inilah hasilnya setelah bertungkus lumus bersama sepanjang kelas keusahawanan IT ini berlangsung.
Masa inilah masing-masing nak tunjukkan potensi sebagai usahawan muda...betapa comelnye kami semua..kemas dengan pakaian smart casual...terbaiklah chubbylissciousss :)
No comments:
Post a Comment