Disediakan oleh Suria KyairulMizah Binti Abu Dahari
BIODATA
Nama : Faiza Bawumi Sayed Ahmad.
Umur : 69 Tahun
Asal : Mesir
Jawatan : Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn. Bhd
Pendidikan : Diploma Jahitan
Umur : 69 Tahun
Asal : Mesir
Jawatan : Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn. Bhd
Pendidikan : Diploma Jahitan
Beliau tidak
menyangka pengalamannya sebagai juruwang di kedai bapanya dahulu telah
mendorongnya bergiat serius sebagai peniaga.Menurut Faiza, kejayaannya sekarang bukan
diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43
tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.
Menurut Faiza
beliau datang ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya.Disebabkan
sikapnya yang tidak betah duduk diam, dia mengambil upah menjahit sulaman dan
menjual pelbagai barangan dapur.Faiza kemudian membuat rempah kari di bawah
jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai.
Dengan mempunyai
kedai sendiri, beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum
menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain bagi
mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau
menjualnya.
Atas respons
yang positif, Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis
beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam.
Beliau yang
mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak berkata, dengan
penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang
Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status
halalnya.
Syarikat milik
Faiza kini mengedar lebih 21 jenama beras di negara ini temasuk yang paling
dikenali, "Herba Ponni Taj
Mahal" dan anak syarikatnya, iaitu
Faiza Marketing Sdn Bhd pula melibatkan diri dalam mengilang pelbagai jenis
rempah termasuk rempah Raja Kari, rempah Bukhari dan terbaru, rempah rendang.
Corporate Profile
FAIZA MARKETING SDN. BHD. (442060-U)
LOT 15-11 & 15-12, BLOK B, KOMPLEKS KILANG SME BANK
NO 15, JALAN WAWASAN UTAMA, KAW. INDUSTRI SRI GADING II83000 BATU PAHAT, JOHOR, MALAYSIA
TEL : 607-4556609 FAX : 607-4556608
Tol Free : 1-800-227742
Email : spice@faizaspices.com
Website : www.faizaspices.com
SUMBER:
No comments:
Post a Comment