Walt Disney | |
---|---|
Kelahiran |
Walter Elias Disney
|
Pekerjaan | Penerbit filem, Pengasas bersamaThe Walt Disney Company, dahulu dikenali sebagai Walt Disney Productions |
Pasangan | Lillian Bounds (1925-1997) |
Anak |
Walter Elias
Disney atau lebih dikenali sebagai Walt Disney
(5 Disember 1901 — 15
Disember 1966) adalah seorang penerbit
filem, sutradara, juruanimasi dan pelakon
suara warganegara Amerika Syarikat yang terkemuka dan kuat
berpengaruh dalam bidang hiburan pada abad ke-20. Sebagai pengasas Walt Disney Productions (bersama
abangnyaroy O. Disney), Disney merupakan salah seorang
penerbit filem tersohor di dunia. Perbadanan yang diasaskannya, kini dikenali
sebagai The Walt Disney Company, kini menikmati hasil pendapatan tahunan
sebanyak lebih kurang AS$ 35 bilion.
Disney terkenal
khususnya sebagai seorang penerbit filem dan pengusaha hiburan yang cemerlang,
di samping menunjukkan daya inovasi dalam bidang animasi dan
reka bentuk taman tema. Beliau bersama kakitangannya telah
menghasilkan sebilangan besar watak cereka terkenal termasuk watak
animasi Mickey Mouse yang pernah disuarakan oleh
Disney sendiri selaku pelakon suara sulungnya. Beliau meraih 59
pencalonan Anugerah Akademi, dengan 26 dimenanginya,
termasuk empat dalam setahun, menjadikannya individu yang paling banyak
memenangi anugerah dan pencalonan Oscar dalam sejarah. Selain itu, beliau juga
meraih tujuh Anugerah Emmy. Taman-taman tema Disneylanddan Walt Disney World Resort di Amerika
Syarikat, Jepun, Perancis dan China dinamakan sempena beliau.
1901–1937: Permulaan
Zaman kanak-kanak
Walter Elias
Disney lahir pada 5 Disember 1901 kepada bapanya Elias Disney yang
berketurunan Ireland-Kanada, dan
ibunya Flora Call Disney yang berketurunan Jerman-Amerika, di 2156 N. Tripp Ave,
Hermosa, Chicago.
Nenek moyang Walt Disney berhijrah dari Gowran, Kaunti Kilkenny di Ireland.
Arundel Elias Disney, moyang kepada Walt Disney, lahir di Kilkenny, Ireland
pada 1801. Arundel ialah keturunan Hughes dan anaknya Robert d'Isigny,
berasal dari Perancis tetapi berlayar ke England bersama William I pada tahun 1066., maka nama d'Isigny telah
bertukar menjadi Disney.
Pada tahun
1906, ketika Walt berusia empat tahun, Elias sekeluarga berpindah ke ladang di
Marceline, Missouri, di mana adiknya Roy baru membeli tanah. Sewaktu di
Marceline, Walt mengembangkan minat terhadap seni lukis. Salah seorang jiran keluarga
Disney, seorang doktor bersara bernama "Doc" Sherwood, mengupah Walt
untuk melukis gambar kuda belaan Sherwood, iaitu Rupert. Beliau turut meminati
kereta api di Marceline yang dihidupkan oleh perkhidmatan kereta api Atchison, Topeka and Santa Fe Railway yang
melaluinya. Walt gemar mendekatkan telinganya dengan landasan untuk menunggu
kereta api datang, lebih-lebih lagi yang dipandu oleh bapa saudaranya,
iaitu jurutera Michael Martin.
Keluarga Disney
menetap di Marceline selama empat tahun, sebelum berpindah ke Bandaraya
Kansas pada tahun 1911, di mana Walt dan adiknya Ruth
menghadiri Benton Grammar School, di mana beliau bertemu dengan Walter
Pfeiffer. Kelau Pfeiffer merupakan pelakon teater terkenal yang memperkenalkan
persada anekarama dan perfileman kepada Walt. Tidak lama kemudian, Walt lebih meluangkan
masanya bersama keluarga Pfeiffer berbanding keluarganya sendiri.[10] Pada
masa yang sama, beliau menghadiri kursus kanak-kanak Institut Seni Bandaraya
Kansas pada setiap Sabtu.
Zaman remaja
Pada tahun
1917, Elias membeli saham di kilang jem O-Zell di Chicago lalu
memindahkan keluarganya kembali ke bandar itu. Pada tahun yang sama, Disney
mula menimba ilmu di Sekolah Tinggi McKinley dan mula menghadiri kursus malam
diInstitut Seni Chicago. Disney menjadi
seorang kartunis untuk akhbar sekolahnya. Karya-karya kartunnya amat berbau
patriotik dengan tumpuannya terhadap Perang Dunia
I. Disney tercicir dari sekolah pada usia 16 tahun lalu cuba
menyetaiTentera, tetapi
permohonnya ditolak kerana tidak cukup umur.
Selepas ditolak
oleh tentera, Walt bersama salah seorang kawannya menyertai Palang Merah. Setelah
berjaya menyertai Palang Merah, Walt dihantar ke Perancis selama setahun
sebagai pemandu ambulans, ketika gencatan senjata baru ditandatangani pada 11
November 1918.
Pada tahun
1919, Walt yang hendak mencari kerja di luar kilang O-Zell di Chicago, berpindah
kembali ke Bandar Raya Kansas untuk memulakan kerjaya seninya. Setelah
mempertimbangkan sama ada untuk menjadi pelakon atau pelukis, beliau memutuskan
untuk melancarkan kerjaya melukis karikatur politik atau komik dalam akhbar.
Sayangnya tiada sesiapa yang ingin mengupahnya untuk menjadi pelukis mahupun
pemandu ambulans. Mujur abangnya Roy yang
bertugas di sebuah bank di Bandar Raya Kansas, mendapatkan kerja sementara di
Studio Seni Pesmen-Rubin Art Studio untuk si adik dari rakan sekerjanya. Di
Pesmen-Rubin, Disney menghasilkan iklan untuk pihak akhbar, majalah, dan
pawagam. Di sinilah beliau bertemu dengan kartunis Ubbe Iwerks.
Selepas berakhirnya kerja sementara di Pesmen-Rubin, mereka berdua ketiadaan
pekerjaan, lalu memutuskan untuk menubuhkan syarikat sendiri.
Pada Januari
1920, Disney dan Iwerks menubuhkan syarikat "Iwerks-Disney Commercial
Artists". Sayangnya, syarikat itu tidak kekal lama, dan Disney beralih ke
Kansas City Film Ad Company, kemudian diikuti oleh Iwerks yang tidak mampu
mengendali perniagaannya secara bersendirian. Ketika bertugas di Kansas City
Film Ad Company, di mana beliau menghasilkan ilkan-iklan beranimasi
pepotong, Disney menyuburkan minatnya dalam bidang animasi, lantas
ingin menjadi juruanimasi. Beliau dibenarkan oleh pemilik Ad Company, A.V.
Cauger, untuk meminjam kamera dari tempat kerjanya untuk kegunaan menguji di
rumah. Setelah membaca buku Edwin G. Lutz yang berjudul Animated Cartoons:
How They Are Made, Their Origin and Development, beliau mendapati animasi sel
lebih cerah bagi masa depannya berbanding animasi pepotong yang dikerjakannya
untuk Cauger. Akhirnya, Walt hendak membuka perniagaan animasi sendiri, lalu
mengupah seorang rakan kerja dari Kansas City Film Ad Company, Fred Harman,
sebagai pekerja pertamanya. Walt dan Harman kemudiannya berjaya berurus janji
dengan pemilik pawagam tempatan Frank L. Newman, tokoh yang dikenali sebagai
pengusaha hiburan tersohor di kawasan Bandar Raya Kansas ketika itu, untuk
menyiarkan siri kartun yang berjudul "Laugh-O-Grams" di pawagam
tersebut.
Laugh O'Gram Studio
Dengan tajuk
"Newman Laugh-O Grams," karya-karya kartun Disney menerima sambutan
memberangsangkan di kawasan Bandar Raya Kansas. Hasil kejayaan Laugh-O Grams,
Disney mampu membeli studio sendirinyadan mengupah ramai
juruanimasi, termasuk adik Fred Harman sendiri iaitu Hugh Harman,Rudolf Ising,
dan sahabat karib Disney sendiri iaitu Ub Iwerks. Malangnya, disebabkan gaji
pekerja yang tinggi menjejaskan keuntungan studio, Disney tidak mampu
menguruskan kewangannya dengan betul-betul. Akibatnya, studionya mengalami
hutang keliling pinggang lalu muflis. Apapun yang terjadi, Disney
berazam untuk menubuhkan studio di pusat industri perfileman, tak lain tak
bukan Hollywood, California.
Hollywood
Disney dan
abangnya mengumpul duit untuk menubuhkan studio kartun di Hollywood. Perlunya
mencari seorang pengedar untuk filem-filem terbarunya Alice
Comedies yang mula diusahakannya ketika di Bandar Raya
Kansas, tetapi tidak dapat diedarkannya dahulu, Disney menghantar cetakan
belum siap kepada pengedar Margaret
Winkler di New York. Winkler membalas Disney dengan minatnya
untuk mengedarkan filem-filem gabungan aksi sebenar dan animasi karya Disney
yang diilhamkan oleh kisah dongeng Alice's Wonderland itu.
Virginia
Davis (bintang aksi sebenar Alice’s Wonderland) dan keluarganya
berpindah dari Bandar Raya Kansas ke Hollywood atas permintaann Disney, begitu
juga Iwerks sekeluarga. Ini menandakan lahirnya Disney Brothers' Studio yang terletak
di Hyperion Avenue di daerah Silver Lake sehingga tahun 1939. Pada tahun 1925,
Disney mengupah seorang wanita muda bernama Lillian
Bounds untuk melukis seluloid animasi. Setelah tidak lama
keluar bersama, mereka berdua pun berkahwin pada tahun itu.
Siri
terbaru Alice Comedies yang dibintangi oleh Dawn O'Day,
Margie Gay dan Lois Hardwick yang bersilih ganti melakonkan watak Alice,
berjaya mendapat sambutan penonton. Menjelang penghujung siri itu pada tahun
1927, tumpuan lebih diberikan kepada watak-watak animasi, terutamanya kucing
bernama Julius yang menyerupai Felix the Cat.
Oswald the Lucky Rabbit
Menjelang tahun
1927, Charles B. Mintz mengahwini Margaret
Winkler lalu mengambil alih pentadbiran perniagaan Winkler, lantas memesan siri
animasi serba baru diterbitkan untuk edaran Universal Pictures. Siri Oswald the Lucky Rabbit juga mendapat
sambutan hebat, hinggakan watak utamanya Oswald yang direka oleh Iwerks, menjadi
tokoh terkenal. Maka berluasnya studio Disney, apabila Walt mengupah Harman,
Ising, Carman Maxwell, dan Friz Freleng dari
Bandar Raya Kansas.
Pada Februari
1928, Disney ke New York untuk merundingkan kenaikan filem ringkas dari
Mintz. Disney terkejut dengan pengumuman Mintz bukan sahaja untuk mengurangkan
yuran tersebut malah juga meletakkan kebanyakan juruanimasi terpenting upahan
Disney, termasuk Harman, Ising, Maxwell, and Freleng (kecuali Iwerks yang
enggan meninggalkan Disney) di bawah kontraknya dan akan membuka studio sendiri
sekiranya Disney tidak menerima pengurangan perbelanjaan tersebut. Universal
Studios, bukan Disney, yang memiliki cap dagang Oswald, oleh itu boleh
menghasilkan filem-filem Oswald tanpa sumbangan Disney. Disney menolak tawaran
Mintz lalu kehilangan kebanyakan juruanimasi upahannya. Setelah ditinggalkan
oleh para juruanimasinya, Disney sekali lagi bekerja sebatang kara. 78
tahun kemudian, syarikat Disney berjaya mendapatkan kembali hak milik watak
Oswald dari NBC Universal pada tahun 2006.
Mickey Mouse
Setelah
kehilangan hak milik Oswald, Disney merasakan perlunya membangunkan watak baru
untuk menggantikan arnab tersebut. Beliau mendapat ilhamnya oleh dari seekor
tikus yang pernah dibelanya ketika bertugas di Bandar Raya Kansas dahulu. Ub
Iwerks memperhalusi lakaran yang dihasilkan oleh Disney agar mudah untuk
dianimasi. Suara dan perwatakan Mickey diihsankan oleh Disney. Menurut
kata-kata seorang pekerja Disney, "Ub melukis wajah Mickey, tetapi Walt
memberikan jiwanya." Pada mulanya, tikus itu diberi nama
"Mortimer", kemudian diganti oleh "Mickey Mouse" oleh
Lillian Disney yang merasa nama Mortimer tidak sesuai. Tidak lama kemudian,
nama Mortimer dipetik untuk seekor watak tikus yang lebih tinggi daripada
Mickey dan menjadi lawan ketat Mickey untuk merebut hati Minnie.
Filem animasi
pendek pertama yang menampilkan Mickey merupakan filem senyap berjudul Plane Crazy.
Setelah gagal mendapatkan pengedar untuk Plane Crazyatau susulannya The Gallopin' Gaucho, Disney akhirnya
menghasilkan kartun Mickey bersuara yang berjudul Steamboat
Willie. Seorang ahli niaga bermama Pat Powers menyalurkan khidmat
pengedaran dan proses penyegerakan bunyi Cinephone kepada
Disney. Akhirnya Steamboat Willie membawa kejayaan, maka
filem-filem Plane Crazy, The Galloping Gaucho, dan semua kartun
Mickey yang seterusnya dihasilkan dengan runut bunyi. Disney sendiri
menyediakan kesan suara untuk kartun-kartun terawalnya serta meminjamkan suaranya kepada
Mickey Mouse sehingga tahun 1946. Selepas keluarnya Steamboat Willie, Walt
Disney terus berjaya menggunakan bunyi dalam kesemua kartun-kartun selanjutnya,
manakala Cinephone turut menjadi pengedar baru bagi karya-karya kartun bersuara
Disney yang terawal. Lambat-lain, Mickey mengatasi Felix the Cat sebagai watak
kartun paling popular. Pada tahun 1930, Felix, walaupun bersuara juga, pudar
dari layar wayang kerana filem kartun bersuaranya gagal menarik perhatian, lantas
membuka peluang untuk meninggikan populariti Mickey pada awal 1930-an.
Silly Symphonies
Mengikut jejak
langkah siri Mickey Mouse series, munculnya siri kartun muzikal Silly
Symphonies pada tahun 1929. Judul pertama dalam siri ini
berjudul The Skeleton Dance yang dilukis dan
dianimasi sepenuhnya oleh Iwerks, yang juga bertanggungjawab melukis kebanyakan
kartun keluaran Disney pada tahun 1928 dan 1929. Walaupun kedua-dua siri
disambut baik, namun studio Disney berasa bahawa kongsian keuntungan dengan Pat
Powers tidak adil bagi pihaknya, maka pada tahun 1930, Disney berurusan
dengan Columbia Pictures. Carl Stalling menggubah skor
muzik untuk kartun-kartun Silly Symphony yang terawal.
Iwerks dipikat
oleh Powers agar membuka studio sendiri dengan kontrak eksklusif. Kemudian, Carl
Stalling turut meninggalkan Disney untuk menyertai studio baru
Iwerks. Iwerks melancarkan siri Flip the Frog dengan
kartun warna pertamanya "Fiddlesticks," difilemkan dalam Technicolor
dua jalur. Iwerks juga mereka dua lagi siri kartun iaitu Willie
Whopper dan ComiColor Cartoons. Pada tahun 1936, Iwerks
menutup studionya untuk mengusahakan projek-projek
teknologi animasi. Iwerks kembali ke pangkuan pada tahun 1940, lalu merintis
beberapa proses filem dan teknologi animasi khusus di jabatan penyelidikan dan
pembangunan studio Disney.
Menjelang tahun
1932, Mickey Mouse menjadi watak wayang gambar yang amat popular,
tetapi Silly Symphonies tidak berjaya menandinginya. Bagaimanapun,
pada tahun yang sama, Disney mendambai hasil persaingan dari Max Fleischer iaitu
kartun Betty Boop yang
semakin popular di kalangan penonton. Fleischer dianggap sebagai pesaing
utama Disney pada 1930-an, dan juga bapa kepada Richard
Fleischer yang diupah oleh Disney untuk mengarah filem 20,000 Leagues Under the Sea pada
tahun 1954. Sementara itu, Columbia Pictures berhenti mengedarkan kartun Disney
lalu diganti oleh United Artists. Pada akhir tahun 1932, Herbert
Kalmus yang baru selesai mengusahakan ciptaan kamera
Technicolor tiga jalur, meminta Walt membikin semula filem Flowers and
Trees yang asalnya hitam putih, dengan teknologi Technicolor tiga
jalur. Flowers and Trees berjaya menimbulkan fenomena lalu memenangi
"Anugerah Akademi untuk Judul Pendek Terbaik: Kartun" yang pertama
untuk tahun 1932. Selepas keluarnya Flowers and Trees, semua
kartun Silly Symphonies yang seterusnya diwarnakan juga. Disney juga
dapat merundingkan urus janji dengan Technicolor selama dua tahun, maka
memberikannya hak eksklusif penggunaan Technicolor tiga jalur, yang
seterusnya dilanjutkan hingga lima tahun. Menerusi Silly Symphonies,
Disney turut menghasilkan filem kartun pendek yang paling berjaya sepanjang
hayatnya, berjudul Three Little Pigs, pada tahun 1933. Kartun ini
ditayangkan di pawagam berbulan-bulan lamanya, dan juga menampilkan lagu
terhangat yang menjadi kegilaan orang ramai ketika mengalami Kemelesetan
Besar, iaitu "Who's Afraid of the Big Bad Wolf".
Pandangan
udara Disneyland dari barat laut ke
tenggara, Ogos 1963. New Melodyland Theater di atas. The Santa Ana Freeway di
sudut kiri atas.
Ketika melawat
Chicago untuk tujuan perniagaan pada akhir 1940-an, Disney melakarkan
cadangan taman hiburan yang diharapkan dijadikan
tempat istirahat kakitangan beliau meluangkan masa bersama anak-anak mereka,
diilhamkan setelah melawat taman hiburan Children's Fairyland di Oakland, California. Idea-idea asalnya
dibangunkan menjadi konsep untuk perusahaan besar yang menjadi Disneyland. Disney menghabiskan lima tahun
membangunkan Disneyland dan membuka cawangan baru syarikatnya, iaitu WED
Enterprises, untuk melaksanakan perancangan dan penghasilan taman hiburannya.
Sekumpulan kecil kakitangan studio Disney menyertai projek pembangunan
Disneyland sebagai jurutera dan perancang yang bergelar "Imagineers".
Ketika
menjelaskan salah satu rancangan terawalnya kepada Herbert Ryman (pereka
lukisan pandangan udara pertama Disneyland yang dibentangkan kepada Bank of
America ketika memohon pembiayaan), Disney berkata,
"Herbie, saya cuma mahu menampakkannya seolah-olah tiada yang seumpamanya
di dunia, dikelilingi oleh kereta api lagi." Disney mendapat idea landasan
kereta api mengelilingi Disneyland, daripada menghibur anak-anaknya dan
kawan-kawan mereka di halaman rumah serta membawa mereka menaiki Carolwood Pacific Railroad.
Perasmian Disneyland
Disneyland
dibuka secara rasmi pada 17 Julai 1955. Di antara beratus-ratus pengunjung yang
hadir di upacara pembukaan gilang-gemilang termasuk Ronald Reagan, Bob Cummings dan Datuk Bandar
Anaheim. Berikut adalah ucapan Disney sempena hari pembukaan taman hiburannya:
“
|
Kepada semua
yang tiba di tempat keriangan ini; selamat datang. Disneyland ialah tempat
anda. Di sinilah usia menghidupkan semula kenangan indah yang lalu...dan di
sinilah muda-mudi menikmati dugaan dan harapan masa hadapan. Disneyland
ditujukan khas kepada buah fikiran, impian dan kenyataan yang melahirkan
Amerika...dengan harapan agar Disneyland akan menjadi sumber keriangan dan
inspirasi ke seluruh dunia.
|
”
|
Menceburi bidang baru
Sambil
memulakan pembinaan Disneyland, Walt Disney Productions turut menceburi
bidang-bidang hiburan yang lain. Pada tahun 1950, Treasure Island menjadi filem cetera
aksi sebenar sepenuhnya yang pertama terbitan studionya, diikuti 20,000 Leagues Under the Sea (dalam
format CinemaScope, 1954), Old Yeller (1957),The Shaggy Dog (1959), Pollyanna (1960), Swiss Family Robinson (1960), The Absent-Minded Professor (1961),
dan The Parent Trap (1961). Studio Walt
Disney menerbitkan rancangan istimewa TV pertamanya, berjudul One Hour in
Wonderland, pada tahun 1950. Disney juga mengacarakan siri antologi mingguan di
rangkaian ABC yang
berjudul Disneyland sempena taman tema tersebut, yang mana beliau
memaparkan sedutan filem terbitan Disney yang lalu, menganjurkan jelajah
studionya, dan menyebarluaskan Disneyland yang sedang dalam pembinaan kepada
orang awam. Rancangan ini turut menayangkan siri televisyen Davy Crockett yang
digilai muda-mudi Amerika sehingga dijualnya berjuta-juta topi kulit rakun dan
bermacam-macam lagi cenderahati Crockett ke merata negara. Pada tahun 1955,
lahirnya rancangan televisyen harian pertama Disney iaitu Mickey Mouse
Club yang disiarkan hingga 1990-an.
Ketika
studionya diluaskan dan dipelbagaikan ke media-media lain, Disney kurang memberi
perhatian kepada jabatan animasi, sebaliknya mengamanahkan sebahagian besar
pengendalian jabatan tersebut kepada sembilan orang juruanimasi terpentingnya
yang digelar Nine Old Men. Sepanjang hayat Walt Disney,
jabatan animasi menjayakan filem Lady and the Tramp (dalam format CinemaScope,
1955), Sleeping Beauty (dalam format Super
Technirama 70mm, 1959), One Hundred and One Dalmatians (1961),
dan The Sword in the Stone (1963).
Penerbitan
kartun pendek berterusan sehingga Disney menutup jabatannya pada tahun 1956,
selepas itu disambung dalam bentuk projek filem pendek istimewa secara
sekali-sekala sepanjang hayat studionya. Kesemua filem ini diedarkan oleh anak
syarikat baru Disney, Buena Vista Distribution, yang mengambil alih segala
tanggungjawab pengedaran filem dari RKO pada tahun
1955. Disneyland, salah sebuah taman tema terawal
di dunia, akhirnya dibuka pada 17 Julai 1955, lalu cepat mengecapi kejayaan
dengan kunjungan peminat dari merata dunia yang hendak menikmati
tarikan-tarikan yang diilhamkan dari sebilangan filem dan harta-harta kejayaan
Disney.
Selepas tahun
1955, rancangan TV Disneyland dikenali sebagai Walt Disney
Presents, beralih dari hitam ptih ke siaran warna pada tahun 1961, bertukar
namanya lagi ke Walt Disney's Wonderful World of Color, berpindah dari
rangkaian ABC ke NBC,[72] dan
akhirnya bertukar namanya ke The Wonderful World of Disney yang
bersiaran di NBC sehingga diambil alih oleh CBS pada tahun 1981.[73] Semenjak
itu, siri antologi Walt Disney telah disiarkan di rangkaian ABC, NBC, Hallmark
Channel dan Cartoon Network hasil urus janji hak penyiaran bersilih ganti.
Disney sudah
membentuk bahagian penerbitan muziknya pada tahun 1949. Pada tahun 1956,
berikutan kejayaan lagu tema rancangan televisyen The Ballad of Davy Crockett,
beliau menubuhkan entiti penerbitan dan pengedaran rakaman milik syarikatnya,
iaitu Disneyland Records.
Kejayaan awal 1960-an
Menjelang awal
1960-an, terbuktinya kejayaan besar empayar Disney, apabila Walt Disney
Productions menempa nama sebagai peneraju penerbitan hiburan seisi keluarga di
dunia.
Setelah
berpuluh-puluh tahun mengejarnya, Disney akhirnya memperoleh hak milik
buku-buku P. L. Travers yang menceritakan seorang
pengasuh ajaib. Filem Mary Poppins yang keluar pada tahun
1964 merupakan filem Disney paling berjaya sepanjang 1960-an, menampilkan skor
lagu malar hijau yang digubah oleh Sherman Bersaudara. Pada tahun yang sama,
Disney memperkenalkan koleksi pameran di 1964 New York World's Fair, termasuk
figura Audio-Animatronic,
yang semuanya disepadukan dalam tarikan-tarikan di Disneyland dan sebuah lagi
projek taman tema di Pantai Timur.
Rancangan Disney World dan EPCOT
Disney World
dijangka merangkumi sebuah lagi Disneyland yang lebih besar dan teliti iaitu
Magic Kingdom, di samping juga sebilangan padang golf dan resort penginapan. Di
pusat Disney World pula, bakal didirikan Kota (atau Komuniti) Prototaip
Bereksperimen Masa Akan Datang (Experimental Prototype City (or Community) of
Tomorrow), atau singkatannya EPCOT.
Kematian
Filem-filem
terakhir yang melibatkan peranan aktif Disney ialah filem cetera animasi The Jungle Book dan komedi muzikal
aksi sebenar The Happiest Millionaire, kedua-duanya
keluar pada 1967. Penggubah lagu Robert B. Sherman menceritakan
kali terakhir dia bertemu dengan Disney:
“
|
Beliau berada
di tingkat tiga bangunan animasi selepas latihan The Happiest
Millionaire. Selepas itu, beliau selalu di ruang depan menunggu orang-orang
yang terlibat dalam filem itu. Selepas itu beliau berbual bersama mereka,
memberitahu mereka apa yang disukainya dan apa yang harus diubah oleh mereka,
kemudian apabila selesai, beliau tersenyum ke arah kami sambil berucap
'Teruskan usaha kamu', lalu berjalan ke pejabatnya. Inilah kali terakhir kami
bertemu dengan beliau.
|
”
|
Pada akhir
1966, Disney dijadualkan menjalani pembedahan leher berikutan kecederaan dari
bermain polo lama
dahulu; beliau selalu bermain di Riveria Club di Hollywood selama
bertahun-tahun lamanya. Pada 2 November 1966, ketika mengambil sinar X sebelum
pembedahan, para doktor di Pusat Perubatan Providence St. Joseph yang terletak
di seberang jalan dari Disney Studio mendapati bahawa Disney yang ketagih rokok
inimenghidap ketumbuhan yang amat besar di paru-paru kirinya.
Lima hari kemudian, Disney kembali ke hospital untuk dibedah, tetapi ketumbuhan
tersebut merebak begitu luas sehingga doktor-doktornya terpaksa menanggalkan
seluruh paru-paru kirinya. Disney kemudian diberitahu hayatnya cuma
tinggal enam bulan hingga setahun sahaja. Setelah beberapa kali
menjalani kemoterapi, Disney dan isterinya bercuti sebentar di Palm Springs, California sebelum
pulang. Pada 30 November 1966, Disney rebah di rumahnya, tetapi berjaya
disedarkan oleh paramedik, lalu dibawa balik ke hospital, di mana beliau
menghembuskan nafas terakhirnya[75] pada
15 Disember 1966, pukul 9:30 pagi, sepuluh hari selepas hari jadinya yang
ke-65. Jenazah beliau dibakar pada 17 Disember 1966, lalu abunya disimpan
di Taman Peringatan Forest Lawn diGlendale, California. Roy O. Disney meneruskan
projeknya di Florida,
dengan menegaskan bahawa nama projek itu ditukar ke Walt Disney World sempena
memperingati adiknya Walt.
1967–kini: Pusaka
Meneruskan wawasan
Setelah memberi
ucapannya di Walt Disney World, Roy meminta Lillian untuk tampil bersamanya.
Sewaktu orkestra mendendangkan lagu "When You Wish Upon a Star", beliau
menaiki pentas dengan diiringi Mickey Mouse. Kemudian Roy berkata, "Lilly,
awak tahu akan segala idea dan harapan Walt seperti mana yang diketahui
sesiapa; agaknya apakah pendapat Walt akannya [Walt Disney World]?".
"Saya rasa Walt pasti merestuinya," jawab Lillian. Roy
meninggal dunia akibat pendarahan otak pada 20 Disember 1971, iaitu hari beliau
sepatutnya membuka Disneyland Christmas Parade.
Setem pos AS (1968).
Dalam fasa
kedua taman tema "Walt Disney World", konsep EPCOT dizahirkan oleh
pewaris Disney sebagai EPCOT Center, yang dibuka pada tahun 1982. Kini, EPCOT
merupakan pesta dunia hidup yang berbeza dari
kota kediaman yang diimpikan oleh Disney. Pada tahun 1992, Walt Disney
Imagineering melangkah maju ke arah wawasan Walt dan mendedikasikan
bandar Celebration, yang dibina
oleh syarikat Disney berhampiran Walt Disney World di negeri Floridakepada
semangat EPCOT. EPCOT juga sepatutnya tidak didiami watak-watak Disney tetapi
dasar ini diubah oleh pihak syarikat agar mudah menarik pengunjung muda.
Empayar hiburan Disney
Kini,
perniagaan studio filem dan animasi serta taman-taman tema Walt Disney telah
berkembang menjadi sebuah perbadanan televisyen, perfileman, destinasi
pelancongan dan media berbilion-bilion dolar yang membawa namanya. The Walt Disney Company kini
memiliki, antara lainnya, lima resort percutian, sebelas taman tema, dua taman
air, 39 hotel, lapan studio filem, enam label rakaman, sebelas rangkaian
televisyen kabel, dan sebuah rangkaian televisyen terestrial. Pada tahun 2007,
syarikat Walt Disney meraih pendapatan tahunan melebihi AS$ 35 bilion.
Animasi Disney terkini
Walt Disney merupakan
seorang pelopor dalam bidang animasi watak.
Beliau merupakan antara tokoh-tokoh terawal yang berganjak dari kartun-kartun
ringkas yang menampilkan "jenaka pelik-pelik yang mustahil" dan
watak-watak yang dilukis secara kasar, ke suatu bentuk seni dengan kisah-kisah
yang menyayat hati dan watak-watak yang boleh didekati penonton dengan penuh
perasaan. Keperibadian yang dipamerkan dalam watak-watak filemnya serta kemajuan
teknologi masih berpengaruh dalam animasi zaman sekarang. Beliau juga dianggap
oleh ramai rakan sekerjanya sebagai tukang cerita yang berkepakaran tetapi
bahagian animasinya ligat dengan kematiannya sehingga pada akhir 1980-an ketika
bermulanya zaman Disney Renaissance. Antara
filem-filem yang paling lumayan dan disambut hangat ketika ini ialah Who Framed Roger Rabbit (1988), The Little Mermaid (1989), Beauty and the Beast (1991), Aladdin (1992) dan The Lion King (1994).
Pada tahun 1995, Walt Disney Pictures mengedar filem Toy Story buatan Pixar, iaitu filem
cetera animasi komputer yang tersulung. Anak
saudara Walt Disney, Roy E. Disney berpendapat bahawa Walt
pasti menyukai Toy Story kerana filem itu menepati citarasanya.[80].
Kesan kebangkitan filem animasi komputer, filem-filem animasi tradisional lukisan insani semakin kurang mendapat sambutan pada awal 2000-an, menyebabkan syarikat Disney mengambil keputusan yang gempar untuk menutup bahagian animasi tradisional, menyebabkan ratusan kakitangan kehilangan pekerjaan. Dua studio satelit di Paris dan Orlando ditutup, sementara studio utama di Burbank ditukar kepada kemudahan penerbitan animasi komputer. Pada tahun 2004, Disney mengeluarkan filem yang diuar-uarkan sebagai dilem cetera "animasi tradisional" yang terakhir, iaitu Home on the Range. Bagaimanapun, semenjak Disney membeliPixar pada tahun 2006 sementara John Lasseter dilantik sebagai Ketua Pegawai Kreatif, pendirian tersebut telah diubah dengan keluarnya filem The Princess and the Frog yang disambut baik pada tahun 2009, sekaligus menandakan kembalinya Disney kepada animasi tradisional dan pengambilan semula khidmat kakitangan yang dilucutkan terdahulu. Kini, Disney menghasilkan animasi tradisional dan komputer sekali.
No comments:
Post a Comment