Disediakan oleh: Siti Nurol Ain Mohd Yusof
Nama: Datuk Yusuf Taiyoob
Umur: 47 Tahun
Merupakan usahawan Melayu Islam. Memulakan
perniagaan seawal usia remaja iaitu ketika berumur 19 tahun. Perniagaan pertama
yang diceburi ialah menjual minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas yang
diadun sendiri oleh beliau. Pada peringkat awal perniagaan sangat
memberangsangkan namun tidak mampu bertahan lama. Kemudian, beliau mula berubah
kepada mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan. Perniagaan ini
berkembang maju dan produk keluaran ini semakin popular termasuk di Singapura,
Indonesia dan Thailand. Beliau memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini
tidak termasuk di luar Negara. Mempunyai hampir 50 kakitangan di pejabatnya
namun tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Kompleks kilang terletak bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan. Antara kurma
keluarannya ialah Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.
Terdapat beberapa gelaran iaitu ‘Raja Kurma Malaysia’ dan ‘Datuk Kurma’ oleh
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.
|
Datuk Yusuf bersama-sama pekerjanya. |
|
Datuk Yusuf bersama produk syarikatnya. |
No comments:
Post a Comment